|
|
Carian Pantas |
![]() |
UNIT KAUNSELING | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
AKTIVITI
KEM BINA KEPIMPINAN
PENGAWAS
SMK BERANGAN, 16200
TUMPAT, KELANTAN
1.RASIONAL Membina insan berkepimpinan adalah suatu tugas berat yang harus dipikul bagi meneruskan kesinambungan kepimpinan negara yang bakal bersilih ganti. Membentuk ciri-ciri pemimpin dalam diri pelajar amatlah dituntut kerana usaha ini adalah cukup penting bagi menyediakan pelapis pemimpin di peringkat sekolah seterusnya bakal mengambil alih kepimpinan negara pada masa mendatang. Justeru itu, Kem Bina Kepimpinan Pengawas ini dizahirkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Unit Badan Pengawas Sekolah.
2.
OBJEKTIF Kem Bina Kepimpinan Pengawas diharapkan dapat: 2.1 Membina daya kepimpinan di kalangan Pengawas di sekolah. 2.2 Membentuk rasa tanggungjawab terhadap tugas pemimpin yang diamanahkan. 2.3 Menanam sifat tegas dan yakin dalam diri pemimpin pengawas sekolah. 2.4 Menanam sikap bekerjasama dalam kumpulan 2.5 Membentuk semangat berani berdepan dengan khalayak dan berkomunikasi dengan baik 2.6 Membentuk disiplin diri yang kental dan tahan uji.
3.
PENUTUP Semoga usaha murni melahirkan pemimpin muda sekolah akan berjaya tiba di pengkalan matlamatnya. Usaha yang seharusnya dipikul oleh warga pendidik SMK Berangan sebagai memenuhi tanggungjawab selain daripada memberi maklumat dalam tugasan pengajaran dan pembelajaran.
PROJEK ZERO DEFECT BUTA HURUF RASIONAL Projek ini diadakan kerana masih terdapat pelajar yang tidak dapat membaca dengan lancar dan menulis dengan baik. Mereka juga gagal mengaitkan idea dan pengalaman pelajar dalam menulis karangan dan perbezaan yang ketara di antara pelajar dalam menguasai pelajaran dan peratus kelulusan dalam Bahasa Malaysia masih lagibelum mencapai tahap 100% diklangan pelajar PMR. OBJEKTIFProjek yang diadakan dapat:
STRATEGI PELAKSANAAN
KUMPULAN SASARAN
PENILAIANPenilaian dibuat secara :
Penilaian secara pemerhatian dibuat sepanjang masa pembelajaran. Penilaian secara lisan dengan mengadakan LATIHAN MEMBACA RENCANA seminggu sekali. Penilaian secara penulisan dilakukan setiap dua minggu sekali, bertujuan menilai kemampuan pelajar menguasai kemahiran 2M Setelah 3 kali ujian dijalankan pelajar yang lulus ujian ini, akan dilantik menjadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) bagi projek ini. PELAN TINDAKAN PROJEK DARI MAC – MEI 2003
PROGRAM MENTOR MENTEE PMR 2003 SMK BERANGAN, 16200,TUMPAT, KELANTAN DN
Merupakan suatu program yang memberi perkhidmatan secara berkelompok yang berbentuk hubungan antara pelajar yang dikawal sebagai mentee manakala tenaga guru sebagai mentor. Antara hubungan mentor dan mentee ialah: 1.1 Sebagai ibubapa angkat kepada anak angkat 1.2 Hubungan pelajar dalam kumpulan mentor 1.3 Hubungan ibubapa angkat dengan ibubapa pelajar 1.4 Hubungan ibubapa angkat dengan kaunselor,guru tingkatan dan mata pelajaran
Para pelajar PMR dibahagikan kepada 17 kumpulan
yang dibimbing oleh 17 orang guru yang bertindak sebagai mentor.
Di mana tugas mentor adalah mengambilalih tugas ibubapa pelajar di
sekolah tersebut.
Program ini mempunyai objektif yang tertentu, di antaranya ialah: 3.1 Memberi dorongan dan bimbingan terancang kepada pelajar PMR agar mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan seperti yang ditargetkan. 3.2 Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada mentee supaya menjadi pelajar yang bermtivasi tinggi, berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi. 3.3 Membina hubungan yang rapat antara guru dan pelajar. 3.4 Membina hubungan yang lebih baik antara guru dengan ibubapa pelajar. 3.5 Mengurangkan dan sekiranya mampu menghapuskan masalah pelajar termasuk masalah keluarga,peribadi dan pelajaran. 3.6 Memberikan pengetahuan tentang bidang kerjaya dan peluang belajar mengikut minat dan kebolehan
yang sesuai dengan potensi pelajar.
4.1 Seramai 154 orang pelajar PMR dijadikan mentee. 4.2 Melibatkan seramai 17 orang guru sebagai mentor dan dikawal selia dan selaraskan oleh Kaunselor
Pelajar.
Tanggungjawab mentor ialah: 5.1 Susun atur perjalanan pengendalian sesi. Dari segi peralatan, kedudukan berbentuk bulatan , face to face, dan keperluan sampingan yang lain. 5.2 Gabungjalin secara sempurna semasa sesi perkenalan, perbincangan dan tentang pengalaman semasa sesi berlangsung, rumusan sesi dan penutup. 5.3 Wujudkan suasana berbentuk keberanian dalam pembelajaran, keterbukaan, kemesraan sehingga dengan sendiri mencuba dan mendorong kemahiran baru dan mempertingkat kemahiran. 5.4 Bertindak sebagai motivator yang berciri-ciri sebagai seorang yang boleh dipercayai, bertanggungjawab dan berpengetahuan. 5.5 Menjadi contoh kepada kemahiran yang hendak dipraktikkan. 5.6 Sentiasa mengingatkan matlamat program, mengaitkan teori dan pengalaman mentee. 5.7 Mewujudkan komunikasi berkesan antara mentor dan mentee, dengan ini mentee tahu dengan jelas arahan yang diberikan dan dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing. 5.8 Sensitiff dan peka tentang wujudnya perbezaan di kalangan mentee sama ada dari segi pertanyaan, keperluan dan cara gaya berfikir. 5.9 Seharusnya ‘ enjoy himself ‘ dan seharusnya mentor mempelajari sesuatu dan mendapat manfaat dari
program yang dijalankan.
6.1 Buat persediaan rapi, dengan ini mentee akan mengetahui matlamat program yang dijalankan. 6.2 Bina ruang untuk mengenali mentee dan mentee mengenali mentor seterusnya bentuk satu kelompok pembelajaran yang rileks agar sebarang masalah dapat dibincang dengan dengan pebuh keterbukaan oleh kumpulan. 6.3 Berikan suasana yang cukup selesa kepada mentee untuk mereka berasa selamat berkongsi perasaan/pengalaman masing-masing. 6.4 Beri arahan dengan jelas, jangan biarkan mentee tertentu sahaja mendominasi pengalaman dalam sesuatu perjumpaan. 6.5 Memberi sepenuhnya ruang untuk mentee turut serta dalam perbincangan kumpulan dan penyataan pengalaman. 6.6 Perhatikan gerak non verbal(bahasa badan) dan sentiasa menyoal balas mentee terhadap kefahaman dan persepsi mereka terhadap kejadian kelompok. 6.7 Biarkan mentee berasa dipunyai oleh kumpulan dan mereka mempunyai kumpulan. 6.8 Sentiasa bersemangat dan beri tumpuan kepada apa yang sedang berlaku. 6.9 Tunjukkanminat yang mendalam kepada kumpulan dan sentiasa bertanyakan pandangan ahli kumpulan. 6.10 Jadilah pendengar yang cukup aktif.
7.PENGISIAN
PERJUMPAAN MENTOR-MENTEE YANG DICADANGKAN
©Hakcipta 2002-2005 Sekolah Menengah Kebangsaan
Berangan,
Tumpat, Kelantan, Malaysia. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||