|
|
Carian Pantas |
AMANAT PENGETUA SMKB 2008 |
|
|---|---|---|---|
|
AMANAT PENGETUA SMK BERANGAN 2008
You are the best of peoples, evolved for mankind , enjoining what is right and forbidding what is wrong and believing in Allah . Al-Imran :110 Bersyukur kepada Allah, selamat bertemu kembali menjalankan amanah pada tahun 2007. Semoga kita sentiasa muhasabah diri dan meningkatkan kualiti kerja dengan penuh ikhlas,jujur,dedikasi dan bertanggungjawab demi memenuhi harapan pelanggan dan wawsan pendidikan sekolah ini. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua JK Buku Pengurusan dan sahabat-sahabat yang menyumbangkan idea dan buah fikiran untuk menyiapkan buku pengurusan tahun ini. Ini melambangkan komitmen dan kerjasama sahabat-sahabat dalam memastikan usaha murni pihak pentadbir sekolah untuk berkongsi idea dan nasihat melalui penerbitan buku pengurusan ini dapat kita teruskan. Tema buku pengurusan kita pada tahun ini ialah berkonsepkan “Budaya Ditunjang Ilmu Dijulang” Tema ini dipilih dan amat sesuai dengan aspirasi negara masa ini, iaitu untuk membentuk modal insan yang mempunyai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.Apabila akar menunjang , ranting menjulang dan bila akar bercambah ,jadi ranting akan berbuah. Untuk merealisasikan amanah ini, tugas guru sangat penting untuk menentukan kejayaan dan keberkesanan sekolah . Guru mempunyai kemahiran dan kepakaran, gurulah berhadapan dengan pelajar dalam apa jua aktiviti pendidikan. Sehubungan dengan itu , menjadi tanggungawab bersama untuk membentuk insan terbaik yang memiliki intelektual bersyahadah, sahsiah berakidah, dan ketrampilan lahiriah. Dalam usaha untuk memantapkan perancangan sekolah, tahun ini kita akan melaksanakan program anjuran JPN, iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Kelantan 2006-2010 ,motonya Cakna Pendidikan , Kelantan Tersohor 2010. Gagasan ini akan menjadi landasan dan hala tuju perdana untuk menjana kecemerlangan sekolah dalam aspek pengurusan, kurikulum,hem,kokurikulum, budaya dan iklim sekolah. Pelan ini menjadi teras kepada pembangunan pendidikan di sekolah ini.Pelan ini mesti difahami, dilaksanakan dan dihayati oleh semua guru. Untuk merealisasikan hasrat ini pada tahun ini Headcount perlu dilaksanakan di sekolah, program ini dilancarkan adalah untuk mengesan pelajar lemah dalam mata pelajaran dan melaksanakan strategi untuk menanganinya.Pada tahun ini juga pihak JPN melaksanakan Tahun Memperkasakan Bilik Darjah 2008. Kempen ini dijalankan adalah untuk memastikan guru hadir ke sekolah, masuk kelas, mengajar , P&P berkualiti ,dan murid belajar. Agenda dan tugas kita semakin mencabar .Masyarakat dan negara menaruh harapan yang sangat tinggi kepada kita. Kita perlu bangkit dari zon selesa dan berusaha untuk melakar perubahan dan seterusnya meningkatkan produktiviti dalam organisasi. Kita mesti berusaha untuk meningkatkan prestasi dalam PMR dan SPM tahun 2008. Di tangan kitalah terletaknya masa depan anak-anak bangsa kita. Oleh itu, saya menyeru semua guru berusaha membuat sentuhan-sentuhan hebat dalam usaha untuk mewarnakan generasi kearah kecemerlangan dalam akademik, sahsiah dan kokurikulum. Hakikatnya, semoga permuafakatan ini adalah kelangsungan warisan ambiya untuk memenuhi mandat kita sebagai khalifah . Kita seharusnya menguatkan tekad untuk mengukuhkan tradisi kecemerlangan yang bertunjangkan budaya dan berbuahkan intelektual. Sesungguhnya tradisi kecemerlangan ini sudah tersurat dalam liputan sejarah sebagai warisan tamadun yang akan berulang . Sekian terima kasih.
1.MATLAMAT STRATEGIK PENGURUSAN KURIKULUM-VISI KSPA JPN 2008 1.Meningkat prestasi akademik & pengurusan kurikulum-panitia 2.Meningkatkan kecemerlangan PMR & SPM tahun 2008 3.Meningkatkan penguasaan kemahiran asas 2M 4.Meneruskan Dasar 60:40 5.Meningkatkan prestasi PPSMI 6.Meningkatkan kemahiran ICT 7.Meningkatkan potensi dan ketrampilan pelajar 8.Pengiktirafan kpd pelajar cemerlang 9.Meningkatkan pemantauan & penyeliaan 10.Melaksanakan headcount-semua guru&pelajar 1.1 Pengurusan kurikulum-memperkasakan panitia,carta org, fail ,minit mesy,post-mortem,analisis pep,tetapkan target, visi&misi ,suk pel,keputusan pep ,pamer jadual waktu agung di lokasi strategik, Pusat sumber, 1.2 Headcount –agenda ptg KPM-post mortem:peranan panitia, kelemahan pelajar –pengayaan(A),pengukuhan(B>A),pemulihan(<D)-Setiap ujian,-soalan objektif –bab lemah,lebih berfokus,follow by style,pengiktirafan,pengukuhan,pujian,Kenal pasti pelajar berpotensi-target A,setiap pelajar ada graf prestasi diri-tampal di p.kenyataan 2.KEMPEN MEMPERKASAKAN BILIK DARJAH TAHUN 2008 “JOM MASUK KELAS” “BILIK DARJAH IALAH SEGALA-GALANYA” 2.1 Memastikan guru hadir ke sekolah 2.2 Memastikan guru masuk 2.3 Memastikan guru mengajar 2.4 Memastikan P&P yang berkualiti 2.5 Memastikan murid belajar- core business Kelemahan 2.5.1 guru tidak masuk kelas 2.5.2 tidak laksanakan P&P dgn sempurna/tidak menarik/membosankan-stail lama 2.5.3 masuk kelas tidak bawa buku rekod 2.5.4 murid tidak terkawal 2.6 Suasana kelas yang kondusif :tarikan:suka ke sek. bersih:sampah,ceria:3 pasu bunga,hiasan,selamat,teratur,kemudahan lengkap-kipas,cermin tingkap ada.,bersih,tidak berdebu.-papan kenyataan-bermaklumat 2.7 Sebelum mengajar:pastikan keadaan bersih,kehadiran pelajar, 2.8 Guru prihatin/halus budi-dekati pelajar yg bermasalah-komunikasi,tekanan,budaya penyayang,,motivasi,make them important 3. P&P BERKESAN 3.1 Keadaan kelas- selamat,ceria&bersih 3.2 Kdg suk pel diolah mengikut tahap pcapaian semasa,potensi&kemajuan murid-blaku scara bsepadu 3.3 Kaedah P&P dpelbagaikan-murid aktif 3.4 Guna bhn sokongan yg relevan&sesuai dgn tahap pcapaianmurid 3.5 Pgurusan b.darjah scara efektif-P&P kondusif 3.6 Murid dberi tugasan-kupyaan&kbolehan3.7 pupuk smgt jati diri,bdaya saing,prapduan,patriotik3.8 Refleksi-penilaian&penambahbaikan P&P bterusan;kajian tindakan-tindakan susulan-pegayaan,pengukuhan,pemulihan=meningkatkan prestasi scara menyeluruh “School is a building with four walls with tomorrow or future inside” ‘Creating the future is the essence of leadership”
4.AMALAN TERAS KELAYAAN 1.Perpaduan (Unity) 2.Kerja Berpasukan(Team work) 3.Pemain pasukan (Team Player) 4.Penghayatan(Internalization) 5.Pembudayaan(Culturalization)
5.ELEMEN-ELEMEN PENTING KERJA BERPASUKAN BERPRESTASI TINGGI 1.Shared vision-perkongsian wawasan 2.Tme oriented-had waktu 3.Commmunication-bincang,penambahbaikan berterusan 4.Concern zone-prihatin,peka 5.Quality reviews-semakan berkualiti-headcount 6.Involve everyone-semua org buat kerja 7.Self managed-mengurus kendiri 8.Celebrate success-meraikan kejayaan
6.CIRI-CIRI KERJA BERPASUKAN BERKESAN 1.Iltizam kpd pasukan 2.Keputusan dibuat secara persetujuan bersama 3.Menguruskan konflik & kreativiti 4.Kejayaan& kegagala bergantung kepada semua pihak 5.Komitmen & pengorbanan yang tinggi amat diperlukan
7.MEMBINA PASUKAN BERPRESTASI TINGGI (BUILDING HIGH PERFORMANCE TEAM) 1.Niat-Ikhlas 2.Inisiatif 3.Anjakan paradigma-enjoy our work, think outside the box-lets discuss-persetujuan bersama 4.Tawakal-kita berusaha,Allah yg menentukanya-doa;we can’t change people
8.Rumusan Masa depan anak bangsa terletak di tangan kita. Pelaburan kita di sekolah sangat penting Anak-anak&keluarga kita diberkati-kita bahagia-jiwa tenang Kita sbg khalifah
©Hakcipta Sekolah Menengah Kebangsaan
Berangan, Tumpat, Kelantan, Malaysia. | |||