Kembali ke Laman Utama

 

Panduan untuk login ke e-mel Smkberangan.com

1.  Masuk ke laman www.smkberangan.com  seperti di bawah:

2.  Cari dan klik pautan " Login E-mel Warga SMKB.

Setelah pautan diklik tuan/puan akan dibawa ke pautan berikut:

http://www.smkberangan.com/webmail

 

Pada ruangan username masukkan alamat e-mel tuan/puan contohnya  ediramle@smkberangan.com

pada ruangan password masukkan password e-mel tuan/puan semasa mendaftar contohnya da4444 atau sebagainya. Ia akan kelihatan ******

Bila sudah masukkan username dan password pada ruangan yang diperlukan di atas , sila klik butang OK - paparan berikut akan keluar

 

Login ke e-mel ediramle@smkberangan.com  berjaya. Dari laman ini sila klik pada bahagian SquirrelMail untuk masuk ke akaun e-mel tuan/puan  - paparan berikut akan muncul

 

Login ke e-mel ediramle@smkberangan.com  telah berjaya dan kiranya ada e-mel yang dikirimkan kepada tuan/puan ianya sudah boleh dibaca.

 

Selanjutnya untuk hantar e-mel melalui ediramle@smkberangan.com contohnya seperti berikut:

Sila klik Compose dan sebentar kemudian akan keluar paparan di bawah:

 

Pada ruangan To: masukkan alamat e-mel yang kita nak hantar e-mel , contohnya kita nak hantar kepada ediramle yang e-melnya ediramle@kokpasir.com

kita tulis ediramle@kokpasir.com  pada ruangan to.

Pada ruangan cc boleh dimasukkan atau boleh juga ditinggalkan kosong begitu juga dengan ruangan Bcc:

Lihat contoh di bawah:

 

 

Setelah selesai tulis e-mel tibalah masa untuk kita kirimkan e-mel tersebut. Caranya ialah kita klik butang send

E-mel itu akan dihantar ke alamat penerima. InsyaAllah.

 

 

Kepada tuan/puan yang perlukan e-mel anda@smkberangan.com sila hubungi Webmaster dengan memberikan username dan password cadangan tuan/puan.

 

 

Terima kasih. Selamat mencuba.