Carian Pantas

KARYA PELAJAR 

Sajak        Bicara Hati      Syair     Pantun    Cerpen     Ulasan Buku

Pahit yang Manis 

Setelah cahaya matahari menampakkan sinarnya, aku ke sekolah seperti biasa. Begitu agungnya kuasa maha pencipta kerana menjadikan bulan dan matahari untuk makhluknya di alam fana ini menjalani rutin harian dengan baik dan sempurna. Kalau semalam aku ke sekolah dengan uniform sekolah yang tidak layak dipanggil uniform, tiada bezanya pada hari ini. Apa tidaknya uniform yang aku gunakan untuk ke sekolah telah lebih 2 tahun aku gunakan, amat lusuh sekali. Ditambah pula dengan kasut sekolah yang hampir 2 tahun juga telah aku pakai . Walaupun aku sudah hilang minat untuk ke sekolah tapi demi ibu tercinta aku gagahkan jua. Begitulah besar harapan seorang ibu atau bapa untuk melihat anak-anaknya berjaya. Ibu sanggup membanting tulang memerah keringat bekerja siang dan malam demi memastikan tanggungjawab terhadap anak-anaknya terlaksana.tambahan sejak ayah meninggal 3 tahun yang lalu, hidup kami sekeluarga cukup susah dan melarat boleh diibaratkan  “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.Hasil pendapatan jualan nasi lemak dan bekerja di restoran itulah diguna  oleh ibu untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.Walaupun hidup kami susah,kami tidak pernah diajar untuk meminta simpati daripada orang ramai apatah lagi untuk menjadi peminta sedekah .    

     Di sekolah, aku banyak menyendiri, terasa tersisih. Siapalah aku, anak seorang penjual nasi lemak. Kadangkala kata-kata manis berbaur sindiran yang diucapkan oleh rakan-rakan menyebabkan hatiku terguris. Mudah benar hatiku ini terluka. Terasa halus menusuk dan amat dalam.  Dan kerana itu, kadang-kala mutiara jernih ini mengalir jua kerana tidak dapat menahan sebak.Kenapalah dibazirkan air mata untuk sesuatu yang sia-sia. Setiap kali air mata mengalir,ku sapu dengan azam. Air mata sedih akan segera berakhir, percayalah ibu, akan kubuktikan! Penat lelahmu ibu, akan kubalas dengan segunung kasih sayang, dengan selautan kesenangan yang termampu olehku.Angin yang menderu, bayu yang menyapa ketika ku khusyuk menadah tangan memohon keredhaan Tuhan menjadi saksi. Tidak ada manusia dalam dunia ini ingin dilahirkan miskin,tidak sempurna tetapi ujian Tuhan itu perlbagai. Aku harus menjadi tabah, setabah ibu yang begitu gagah mengharungi kehidupan ini tanpa seorang lelaki di sisi. Bukan sedikit dugaan ibu. Aku tahu…dari keluhan beratnya setiap kali melepas lelah, dari tangis esaknya semasa manadah tangan, mohon keberkatan dari Yang Maha Agong.Kehidupan di dunia adalah jambatan untuk ke akhirat.Tuhan tidak mencipta manusia selain untuk menyembahNya dan semua manusia adalah sama disisi Tuhan kecuali tingkat imannya. Dengan pesan penuh makna itu ibu, menjadi bekal kekuatan untukku. Tentunya seorang ibu ingin memberikan kehidupan yang terbaik untuk anak-anaknya.Segala dugaan yang Tuhan turunkan adalah untuk menguji  tahap keimananku.Oh Tuhan, kuatlah imanku untuk menghadapi segala dugaanmu yang sebenarnya hanya sedikit ini.

      Suatu hari tanpa diduga,seorang pelajar baru telah masuk ke kelasku.Seperti biasa aku tidak lagi mempedulikan keadaan sekeliling.Dunia aku hanya diriku sahaja.Aku tidak lagi mempedulikan apa yang berlaku dalam kelas aku khasnya serta di sekolah amnya.Tapi apa yang lebih mengejutkan aku,dia mengambil tempat duduk di sebelah aku.Aku terkejut bukan kepalang kerana selama ini aku hanya duduk bersendirian yang hanya boleh dikategorikan di bangku belakang.Maklumlah siapalah yang sudi untuk duduk dengan yang miskin lagi hina ini!!!Apatah lagi untuk berkongsi suka duka dalam hidup aku.Dia memperkenalkan dirinya kepada aku.Lea Haryani???Indahnya nama itu,seindah orangnya,bisik hatiku.Aku menyambut salam perkenalannya dalam keadaan separuh ikhlas.Daripada pemakaiannya,aku dapat mentafsirkan dia bukan calang-calang orang.Tentunya anak orang kaya.Itulah yang menakutkan aku sebenarnya.Adakah dia sama dengan rakan-rakanku yang lain yang memandang hina serta serong terhadapku??Soalan itu hanya bermain-main dalam kotak fikiranku tanpa jawapan yang pasti.Semakin hari aku dapat rasakan yang dia cuba mendekatkan dirinya kepada aku.Dia cuba mendalami sedalam-dalamnya hati budi aku. Daripada sinar matanya terpancar keikhlasan untuk mengenali diri aku dengan lebih dekat lagi. Dia cuba membantu aku dalam apa jua keadaan terutama hal-hal yang berlaku berkaitan dengan pelajaran. Ternyata sangkaan ku meleset sama sekali. Sesekali pada hujung minggu, dia bertandang ke pondok usangku semata-mata untuk melawat kami sekeluarga. Ternyata sikap peramahnya menambat hati tua ibuku. Tentunya ibunya lebih bertuah kerana mempunyai seorang anak yang baik seperti Lea Haryati. Hanya tinggal seminggu lagi untuk kami menghadapi SPM. Seribu kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana diberi hidayah dan petunjuk serta kesedaran untuk membaiki diri. Sebulan selepas itu kami tamat menghadapi peperiksaan SPM. Aku berharap aku akan memperoleh kejayaan setimpal dengan usaha aku selama ini. Itulah hadiah yang paling berharga untuk diberikan kepada ibu tercinta dan lebih penting aku bertekad untuk mengubah kehidupan keluarga aku. Aku akan buktikan pada semua aku tidak akan selama-lamanya tunduk pada kemiskinan. Begitu juga dengan Lea Haryati. Aku sedar tanpa dorongannya serta ibuku tentunya aku masih seperti dulu. Kami berharap agar sama-sama memperoleh kejayaan dan bisa mengharungi hidup dihari depan dengan penuh bahagia dan gemilang.

Hasil Nukilan

Salahiah

5 Sains 1       


©Hakcipta  Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan, Malaysia.