Carian Pantas

    Kurikulum   

|Organisasi|Dasar|Panitia|

|Unit Peperiksaan|

|Kelas Bimbingan|

|Perkembangan Staff |

|Perancang 60-40 |

| Aktiviti Kurikulum |

Dasar Kurikulum

  1. Masa persekolahan bermula jam 7.35 pagi hingga 2.40 petang.

  2. Jadual waktu satu pusingan.

  3. Masa belajar ialah empat puluh minit.

  4. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran – KBSM berpusat kepada pelajar dan guru sebagai fasilitator.

  5. Pelajar mesti bersama guru pembimbing/pelajaran sepanjang pembelajaran.

  6. Mesyuarat Perancang Sekolah diadakan sebelum bermula sesi persekolahan (1 kali setahun).

  7. Mesyuarat Induk Kurikulum diadakan minggu pertama persekolahan ( 5 kali setahun ).

  8. Mesyuarat Panitia mata pelajaran diadakan pada minggu kedua dan seterusnya mengikut jadual/takwim mesyuarat setahun ( 5 kali setahun ).

  9. Minit mesyuarat panitia dihantar kepada PK1 seminggu selepas mesyuarat.

  10. Mesyuarat guru diadakan pada minggu pertama persekolahan.

  11. Minit mesyuarat diedarkan kepada semua guru.

  12. Guru mengajar tidak melebihi 3 subjek dan 2 aliran.

  13. Ketua panitia mencerap ahli jawatankuasa panitia sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

  14. Pengetua, PKP, PK HEM dan PK KO mencerap guru-guru mengikut senarai dalam pencerapan.

  15. Buku Kerja/Rampaian pelajar hendaklah diperiksa oleh guru mata pelajaran dan seterusnya disemak oleh pentadbir.

  16. Peperiksaan dalaman diadakan 3 kali setahun; Pertengahan Penggal Akhir Tahun Pra PMR.

  17. Ujian bulan diadakan 3 kali setahun; Ujian Februari, Ujian April, Ujian Julai.

  18. Analisa peperiksaan dalaman dan Kementerian disediakan oleh AJK/ Penyelaras Peperiksaan dan diserahkan kepada pentadbir 2 minggu selepas peperiksaan.

  19. Program pengukuhan dijalankan kepada semua kelas berdasarkan perancangan Peningkatan Akademik Tahunan.

  20. Segala kutipan yuran persekolahan/akademik hendaklah dengan kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri atau dengan persetujuan pihak PIBG.

 


©Hakcipta Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan, Malaysia.