Carian Pantas

 UNIT KAUNSELING

|Bicara Kaunselor|

|Organisasi|Piagam|

|Rancangan Tahunan|

|Motivasi dan Anda|

|Kelab Bimbingan&Kaunseling|

|PRS|SLAD|Aktiviti 

BICARA KAUNSELOR

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Membina manusia dan memanusiakan manusia adalah suatu tugas yang cukup mencabar.

Meneliti bidang tugas bimbingan dan kaunseling yang tersenarai adalah susuntugas yang memerlukan komitmen yang sejati daripada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak untuk menentukan keberhasilan dalam mengeluarkan produk yang sukar diduga dari acuan yang tersedia.

Suatu jangkamasa yang agak panjang diperlukan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bagi menyempurnakan tugasan ini. Tugasan yang sememangnya memerlukan tahap kesabaran dan pemahaman yang jitu bagi memulihkan klien dan memberi ruang yang cukup untuk mereka memahami dirinya. Situasi yang bakal menentukan arah tuju haluan anak-anak didik tercinta membina kehidupan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

Unit Bimbingan dan Kaunseling sentiasa menentukan warga sekolah akan bergerak seiring dengan perkembangan terkini bagi menjamin kita tidak akan ketinggalan seperti terus berusaha mendepani era teknologi terkini dengan membina laman web sebagai e-majalah sekolah. Perkembangan yang selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan bagi melahirkan pelajar yang sentiasa mengikuti dan mendepani era globalisasi dengan ketinggian daya akalbudi dan sentuhan intelektual yang murni.

Usaha akan terus dibuat oleh Unit Kaunseling untuk melahirkan warga sekolah yang berketrampilan dan benar-benar memahami kewujudan dan mengenal diri kerana bermula dari situlah usaha pembinaan insan akan bermula. Apabila seluruh warga memahami dan mengenali diri masing-masing, rencana ke arah pembentukan wajah gemilang akan berhasil. Justeru itu, marilah kita bersama-sama bergerak seiringan dalam melangkah gagah bagi menuju destinasi yang terlalu diimpikan seluruh warga sekolah. DESTINASI CEMERLANG,GEMILANG DAN SESUNGGUHNYA TERBILANG.  

Anuar Musa


©Hakcipta  Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan, Malaysia.