Carian Pantas

 UNIT KAUNSELING

|Bicara Kaunselor|

|Organisasi|Piagam|

|Rancangan Tahunan|

|Motivasi dan Anda|

|Kelab Bimbingan&Kaunseling|

|PRS|SLAD|Aktiviti 

MOTIVASI DAN ANDA

PENGUCAPAN AWAM

 

Pengenalan

Kefasihan berucap merupakan satu faktor yang penting kepada seorang yang ingin bergelar sebagai pemimpin. Sudah menjadi suatu normal apabila dikaitkan dengan seorang pemimpin, maka biasanya ia dikaitkan dengan kebolehan berucap di khalayak ramai. Kita biasa memberikan reaksi yang negatif apabila mendengar ucapan yang tergagap-gagap,tersekat-sekat atau begitu lama hilang idea ketika berucap.  Justeru itu kita dapati pengacara,juruhebah,pemidato malah penjual ubat di kaki-kaki lima yang begitu fasih, lancar dan cekap menggunakan bahasa boleh menarik perhatian kita. Kemahiran berucap atau kefasihan bercakap kebanyakkannya bersifat semula jadi. Walau bagaimanapun kefasihan atau kecekapan bercakap boleh diperoleh dengan cara sentiasa berlatih. Situasi ini boleh didapati di intitusi pendidikan menengah,tinggi seperti pidato,bersyarah,berbahas dan lain-lain. Sekiranya kurang latihan, meskipun berilmu pengetahuan tinggi mereka tidak boleh bercakap dngan fasih tetapi ramai orang yang kurang ilmu boleh bercakap dengan fasih dan cemerlang. Alangkah baiknya kalau keadaan ini dapat dikombinasikan dengan baik untuk melahirkan pengucapan yang cemerlang. Sesungguhnya kemahiran berucap merupakan satu seni yang perlukan kemahiran dan kebolehan tertentu untuk menjadikan pengucapan awam yang terbaik.

 

KEMAHIRAN MENYUARAKAN SUATU PENDAPAT SAMA PENTING DENGAN PENDAPAT YANG HENDAK DISUARAKAN.

                                                                                          Bernard Baruch

   

 JENIS UCAPAN BERPENGARUH

 

1.Ucapan mengukuhkan sikap dan kepercayaan hadirin

- syarahan berbentuk ceramah agama dan kempen politik

- tujuan untuk kekalkan sikap dan kepercayaan bagi menolak sebarang godaan atau pujukan

- kaedah yang baik ialah ucapan itu berbentuk mencari masalah dan penyelesaian

          2. Ucapan untuk mengubah sikap dan kepercayaan

- mengajak supaya audien berubah adalah cukup payah

- Suatu keadaan persediaan cukup rapi diperlukan dan teknik masalah-penyelesaian boleh digunakan

          3. Ucapan mendorong ambil tindakan

- dikenali juga sebagai ucapan motivasi

- suatu ucapan yang mahu audien melakukan apa yang kita mahu

 

PERSEDIAAN BERUCAP

Satu kajian di Amerika Syarikat menunjukkan rakyat dewasanya ketakutan nombor satu ialah berucap di depan khalayak ramai.

 

TAKUT BERUCAP IALAH PERKARA NORMAL DAN BIASA KALAU TIDAK TAKUT BANYAK, ADA YANG SEDERHANA DAN SEDIKIT DAN HANYA KITA YANG TAHU TENTANG KETAKUTAN ITU.

 

 

KAEDAH KAWAL GEJALA FOBIA MIKROFON

1.BERSEDIA DAN BERLATIH SECUKUPNYA

- sediakan bahan mencukupi dan sebaiknya hafal bahagian penting ucapan kita itu

- berlatih buat ucapan dimulut bukan di kepala

2. CARI PENGALAMAN

- cari pengalaman berucap di mana saja dan di depan siapa saja untuk dapatkan rasa keyakinan

- dengan pengalaman semakin lama semakin berani kita berada di depan

         3. BAYANGKAN YANG BENAR

- BAYANGKAN HARAPAN AUDIEN TIDAKLAH TERLALU TINGGI KEPADA KITA

- Audien boleh menerima kekurangan kita kerna mereka tahu kita bukan pemidato nombor satu

 

4. BERGERAK GERAK DAN TARIK NAFAS

- Kajian menunjukkan rasa takut menurun bila kita bergerak-gerak semaa berucap sama ada guna

  alat bantuan seperti papan tulis, ohp.

- Tarik nafas dalam-dalam sebelum bangun dari kerusi dan berjalan ke mikrofon

- Kalau masih gemuruh ketika berucap tarik nafas panjang sebelum sambung ayat seterusnya

 

            5. PETUA AGAMA

-GUNAKAN AYAT-AYAT TERTENTU ATAU DOA YANG BOLEH DAMALKAN BAGI MENGURANGKAN

  RASA GEMURUH/BACA BISMILLAH/SELAWAT

 

TIPS SEBELUM BERUCAP DAN BERADA DI DEPAN MIKROFON

6.1 TUNJUKKAN MINAT DAN RASA SERONOK  HADIR DALAM MAJLIS ITU

 

6.2 JANGAN DUDUK DALAM KEADAAN RESAH GELISAH DAN TUNJUKKAN MUKA

       LETIH,TERGESA-GESA ATAU TIDAK TENANG

           6.3 SEMASA BANGUN DAN BERJALAN MENUJU MIKROFON HENDAKLAH BERJALAN DENGAN

                  BADAN TEGAK, BERGAYA DAN BERTENAGA

 

6.4           BERDIRI SEBENTAR DI DEPAN MIKROFON JANGAN TERUS BERCAKAP.

           PANDANG WAJAH-WAJAH AUDIEN SEKETIKA KEMUDIAN BARU MULA BERCAKAP.

             6.5           SELEPAS AKHIRI UCAPAN JANGAN TERUS TINGGALKAN MIKROFON      

                       DAN BALIK KE TEMPAT DUDUK PANDANG WAJAH HADIRIN

                       DAN TUNGGU SAMPAI MEREKA BERHENTI BERTEPUK BARU

                       BALIK KE TEMPAT DUDUK 

6.6           UCAPKAN TERIMA KASIH DAN TUNDUK SEDIKIT KEPALA ANDA

 

          UCAPAN BERKESAN

 

1.      Memilih topik dan tujuan ucapan

-                     topik yang menarik adalah topik yang menarik kepada kita dan audien kita

-                     topik yang mengukuhkan sikap dan kepercayaan mereka

-                     paling kurang topik yang natural

-                     pastikan tujuan ucapan dibuat

-                     beri maklumat,penjelasan betulkan salah faham bagaimana sesuatu itu berlaku

-                     gunakan lakaran tertentu,definasi,bukti dan dalili

-                     tujuan biar spesifik, tepat tidak terlalu am 

2.      Analisis hadirin

-                     kita kenal siapa audien kita

-                     perkara mereka sudah tahu dan apa perkara yang mereka ingin tahu lebih lagi

-                     kumpulan usia mereka, sikap dan kepercayaan,pekerjaan mereka dsb 

3.      Kajian tentang topik

-                     buat kajian tentang topik yang dipilih

-                     baca buku-buku berkaitan

-                     berunding dengan orang yang pakar dalam bidang kajian topik 

4.      Rumuskan tema topik

-                     fahami tema yang mahu disampaikan sama ada berbentuk penerangan atau pengaruh dan item yang diperlukan dalam ucapan 

5.      Sokongan pada tema/topik

-                     memberi huraian,definisi,ilustrasi,

-                     gunakan data,fakta,statistik.peta,rajah dan sesuatu yang memperkemaskan lagi hujah kita 

6.      Susunan Bahan Ucapan

-                     gunakan kaedah susunan masalah-penyelesaian

1.      Awal ucapan

o       terangkan masalah yang ada

o       jenis masalah yang kronik

2.      Bahagian kedua ucapan

o       menerangkan kaedah penyelesaian/cara jalan penyelesaian yang terbaik

7.      Pemilihan Diksi/perkataan

-                     pilih perkataan yang hadirin biasa gunakan dan tahu maksudnya

-                     elakkan guna perkataan kita saja yang tahu/jelaskan balik kata yang sukar

-                     gunakan kata-kata konkrit bukannya abstrak

-                     gunakan gaya bahasa seharian yang mudah difahami 

8.      Reka penutup dan pembuka ucapan

-                     bina ucapan penutup dahulu

-                     penutup penting kerana audien tahu boleh tahu siapa kita

-                     fungsi penutup ialah ringkaskan tujuan dan isi ucapan

-                     akhiri ucapan dengan menarik

-                     pembukaan ucapan dibuat akhir sekali selepas susun isi dan penutup

-                     pembukaan ada dua  fungsi iaitu untuk tarik minat dan perhatian audien

-                     kedua beri gambaran apa yang bakal mereka dengar dalam ucapan kita

 

 PANTANG LARANG BERUCAP

 

1. Minta Maaf

-                     elakkan daripada mendedahkan kelemahan diri atau kekurangan diri kerana audien boleh melihatnya sendiri

-                     JANGAN SESEKALI BERKATA “ SAYA SEBENARNYA TIDAK PANDAI BERUCAP  ”

 

2. Memberi Janji Kosong

-                     jangan berjanji sesuatu yang kita tidak mampu lakukan kerana menjejaskan kredibiliti kita sendiri

-                     jangan berjanji melainkan kita yakin mampu lakukan

            3. Membuat Gimik

-                     elakkan gimik yang tidak ada kena mengena dengan topik ucapan kita dengan niat perdaya hadirin berminat dengan kita

            4. Pendahuluan

-                     jangan buat pendahuluan sebelum ucapan

-                     contohnya : “saya harap tuan-tuan akan sabar mendengar ceramah saya sampai akhir”

           5. Penutup yang lemah

-                     meminta apologi daripada audien kerana audien lebih maklum kekurangan kita dan sudah sedia maafkan kekurangan itu

-                     jangan sebut perkara baru atau maklumat baru

-                     gunakan penutup sebagai ringkasan dan ulang isi kandungan secara ringkas

-                     elakkan penutup yang panjang biar ringkas dan menarik

BAHASA UCAPAN

Berucap ialah bercakap bukan membaca jadi gunakan bahasa bercakap walaupun ucapan itu dibaca. Oleh itu teks ucapan hendaklah ditulis dalam gaya bahasa bercakap

1. ciri-ciri bahasa bercakap

-                     ayatnya lebih pendek- pendek

-                     perkataannya juga pendek-pendek

-                     tidak banyak gunakan penambahan pen..an, per...an, dan ke...an.

-                     gunakan banyak penambahan ber, me dan kan

-                     banyak gunakan perkataan sendi seperti walaupun begitu, barangkali, mungkin, sebaliknya

2. bahasa kuat daya pengaruh

-                     gunakan istilah tepat seperti mahkluk(umum)

kucing siam(tepat)

-                     istilah tepat senang digambarkan seperti berpendapatan tinggi(umum)

-                     bergaji besar RM6000(tepat)

3. elakkan istilah yang tidak faham

-                     seperti syumul,luwes, fokus bergantung kepada audien kita

4. Jangan gunakan huruf singkat seperti SSB, SSM, IPT dan sebagainya

5. Jangan guna perkataan yang kotor – jaga maruah penceramah elak cerca orang lain dengan bahasa kotor

6. Gunakan frasa penyambung untuk beralih dari satu idea kepada idea yang lain

            -           sekarang kita lihat pula bagaimana.....

-                     seterusnya kita akan.......

7. Gunakan perulangan

-                     tadi kita telah sebut bahawa...

8. Ringkaskan perkara utama yang telah kita sebut untuk audien ingat balik

 

SIRI SENTUHAN MINDA BERSAMA KAUNSELOR ANDA


SIRI 1


PENDORONG KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN DIRI
Pendorong utama kejayaan dan kecemerlangan diri adalah diri anda sendiri. Semangat yang kuat disertai dorongan dalaman berupaya membantu mencapai segala hasrat dan cita-cita yang diidamkan. Itulah yang dinamakan MOTIVASI.

MOTIVASI merupakan kunci memperolehi pengetahuan dan inspirasi. Tanpa inspirasi manusia akan bersikap pesimis dalam hidup. Mereka mudah putus asa dan memandang negatif terhadap sekeliling. Tidak berinisiatif untuk menyelesaikan masalah yang mendatangi kehidupan mereka. HANYA INDIVIDU BERMOTIVASI SAHAJA YANG MAMPU MENGECAP MAKNA KEJAYAAN.


Kebanyakan manusia GAGAL dalam hidup bukan kerana mereka tidak mampu menghadapi dan mengatasi cabaran tetapi disebabkan manusia itu sendiri takut dan lari daripada menghadapi cabaran

 

SIRI 2


CIRI-CIRI SEORANG YANG BERMOTIVASI

1. BERANI MENGHADAPI MASALAH
Masalah merupakan fenomena biasa dan lumrah dalam hidup. Lari daripada masalah tidak akan memberi sebarang penyelesaian malah semakin membebankan. Untuk menjadi manusia bermotivasi, anda perlu bertindak mencari jalan menyelesaikan masalah tersebut. ANGGAPLAH MASALAH SEBAGAI SATU CABARAN UNTUK MENJADIKAN HIDUP ANDA LEBIH MATANG DAN BERPENGALAMAN


2. BIJAK BERTINDAK

Seorang individu bermotivasi adalah individu tidak menangguhkan kerja yang boleh dilakukan dalam masa yang singkat. Menggunakan masa dengan sebaik mungkin mengikut jadual pengurusan masa tanpa berpura-pura melakukan kerja untuk menunjukkan anda rajin sedangkan hasilnya tiada. Ia hanya akan merugikan anda sendiri


3. JANGAN MUDAH BERPUTUS ASA

Jangan mudah menjadikan suatu kegagalan sebagai alasan mudah untuk berputus asa. Sebaliknya jadikan ia sebagai cabaran dan titik mula sebuah kebangkitan untuk mencapai kejayaan. Daripada episod kegagalan itulah kita jadikan pengalaman termahal untuk membina suatu kejayaan menuju kecemerlangan merangkul kegemilangan. INGATLAH 


SUATUKEJAYAAN BUKANNYA DATANG DENGAN MUDAH. KEJAYAAN AKAN MUNCUL DARI PENAT LELAH PERJUANGAN UNTUK MENGHASILKAN SUATU KEMANISAN APABILA MENGECAP SEBUAH KEJAYAAN

 

 

PERSIAPAN KE ARAH MEMBURU KECEMERLANGAN

PENDAHULUAN

KECEMERLANGAN adalah sesuatu yang diidamkan setiap orang. Setiap manusia memburu kecemerlangan dan mahukan kecemerlangan. Tanyalah sesiapa sahaja, semua mahukan kecemerlangan. Terutama bagi menyatakan dengan lidah tetapi tidak terkesan di hati. Kemahuan yang sekadar di pinggiran. Usaha mencapai kecemerlangan adalah suatu perjuangan yang perlu dimantapkan dengan motivasi yang tinggi dan kesedaran yang mendalam. 

HANYA MEREKA YANG MAMPU BERJUANG MENGHADAPI CABARAN DAN SANGGUP BERUSAHA SAHAJA YANG LAYAK MENGECAPI KEPUASAN NATIJAH SEBUAH KECEMERLANGAN.

KINI, HARI INI ANDA ADALAH PEJUANG-PEJUANG ITU UNTUK BERTARUNG DI PENTAS KECEMERLANGAN. PERTARUNGAN INI ADALAH SUATU PERJUANGAN DEMI MASA DEPAN.

BANGKITLAH PERBETULKAN SAF DAN BERJUANGLAH...............

MENGAPA PERLU BERJUANG

1.                  Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum/bangsa kecuali kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada mereka.

2.                  Sesiapa yang inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu, sesiapa inginkan akhirat hendaklah dengan ilmu, sesiapa yang inginkan dunia dan akhirat juga hendaklah dengan ilmu – maksud Hadis 

KAEDAH HOLISTIK REMJ UNTUK KECEMERLANGAN

                        R -  rohani      E – emosi        M – Minda      R - rohani

1.                  INGAT TUHAN(PENCIPTA) untuk orang Islam, sebut Bismillah, dan ingat Allah boleh membantu kita berjaya pada bila-bila masa.

2.                  KENAL PASTI PUNCA KEGAGALAN DAN TEKANAN SEKARANG. RENUNG SEJENAK.

3.                  KAEDAH PERNAFASAN TENANG 3-2-5 (3 – TARIK , 2 – TAHAN, 5 – HEMBUS NAFAS) fokuskan pernafasan jantung. (untuk orang Islam, apabila menarik nafas sebuat dalam hati astaghfirullah – hal – azim) lakukan hingga anda berasa tenang ( 3 hingga sembilan kali).

4.                  PEJAM MATA DAN SEBUT DALAM HATI – insyallah dengan limpah kurnia tuhan:

Saya sentiasa ingat apa yang telah saya baca.

Insyallah saya berasa tenang dan dapat menjawab dengan cemerlang.

Insyallah saya beroleh keputusan yang cemerlang.

PILIH SATU YANG SESUAI.

5.                  BAYANGKAN DI MINDA ANDA, PERASAAN GEMBIRA DAN KEPUTUSAN POSITIF SEOLAH-OLAH ANDA SEDANG MENGECAPINYA.

Buka mata perlahan-lahan dan mulakan ulangkaji atau jawab soalan .

 

            (Dr Abdul Aziz Azimulah)


©Hakcipta  Sekolah Menengah Kebangsaan Berangan,
Tumpat, Kelantan, Malaysia.