Carian Pantas

 Sejarah & Profil  

| Sejarah | Pengetua |

|Motto, Visi & Misi |

 |Lencana Sekolah|

|Lagu Sekolah |Peta Ke |Sekolah|

 

 Motto, Visi & Visi Sekolah

 MOTTO  SEKOLAH

 

Berilmu, Berwawasan, Berteknologi

 


 

VISSEKOLAH

 

Menerajui Kecemerlangan Sekolah Menjelang 2010.

 


 

MISI SEKOLAH
 

 Kami warga SMKB akan memastikan:

  • Pengurusan dan pentadbiran yang cekap dan berkesan

  • Kurikulum dan kokurikulum sentiasa cemerlang

  • Sahsiah dan disiplin pelajar terpuji

  • Persekitaran yang kondusif dan selamat


 

  OBJEKTIF SEKOLAH

  Ø   Merancang, menyusun dan melaksanakan program ke arah  pendidikan  yang berkualiti.

  Ø   Meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam semua ujian yang dilaksanakan di sekolah khasnya PMR.

  Ø   Meningkatkan penyertaan dan prestasi pelajar-pelajar dalam bidang kokurikulum.

  Ø   Meningkatkan disiplin pelajar supaya sentiasa berada pada tahap ‘Zero defect’

  Ø   Membina iklim dan suasana keselamatan, keindahan dan kebersihan sekolah agar dapat mewujudkan keadaan pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan.

  Ø   Meningkatkan taraf profesionalisme guru-guru dengan menyertai sebarang kursus yang membina.

  Ø   Pengurusan dan pentadbiran sekolah dikendalikan dengan baik dan kemaskini.

  Ø   Mewujudkan perhubungan yang harmonis dan saling berinteraksi di kalangan guru, pelajar dan staf sokongan.

  Ø   Menjaga perhubungan baik dengan komuniti sekeliling.


 

MATLAMAT SEKOLAH

  • Menyediakan pendidikan yang berkualiti bagi mencapai kecemerlangan ilmu sebagai persediaan pendidikan tinggi bertaraf dunia.

  • Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia dan kemampanan sahsiah yang unggul.

  • Melahirkan kejituan patriotisme di kalangan pelajar.

  • Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.

  • Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan harmoni.

  • Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kecemerlangan dalam kokurikulum

  • Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan agama dan negara.

  • Melahirkan pelajar yang berorentasikan Sains dan Teknologi serta Teknologi Maklumat ( IT ).


 

PIAGAM PELANGGAN

BAHAWASANYA KAMI WARGA SMK BERANGAN

DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM

BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN

SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK

  Ø   Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.

  Ø     Sentiasa bersedia memberi khidmat Bimbingan / Kaunseling kepada pelajar-pelajar.

  Ø     Mempastikan semua pelajar dapat menjadi  ahli dalam unit-unit    pasukan beruniform, persatuan dan kelab yang disediakan oleh pihak sekolah.

  Ø     Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan dan teguran yang membina daripada semua pihak bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

  Ø     Bekerja dengan semangat berpasukan, dedikasi dan bertanggungjawab, berdisiplin, cekap, bijaksana dan penuh kasih sayang.