|
|
Carian Pantas |
KARYA PELAJAR |
|
|---|---|---|---|
|
Sajak Bicara Hati Syair Pantun Cerpen Ulasan Buku
NGEPONG SIKIT……. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, kelas 5 Sains 1 sentiasa bergegar, 12 putera itulah kekuatan.
Pisamg emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Budak-budaknya pula rajin belajar, Cemerlang dan berjaya itulah diimpi.
Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung daik bercabang tiga, Duduk harmoni tak pernah berbalah, Saling membantu ,bergurau senda.
Sorong papan tarik papan, Buah keranji dalam perahu, Dalam segala hal kami seangkatan, Sama-sama berusaha tingkatkan mutu.
Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan di dalam peti Senyum simpul kamilah peramah Segala percakapan tak sakitkan hati
Kalau ada sumur di ladang Boleh saya tumpang mandi Pelbagai arena kami cemerlang Bersama-sama seiring sehati.
(Budok Jate 5 sains 1)
©Hakcipta Sekolah Menengah Kebangsaan
Berangan, Tumpat, Kelantan, Malaysia. | |||