| |
8
ORANG DAPAT 8A PMR SMK BERANGAN
PADANG TEMBESU, Khamis – Seramai 8 orang pelajar SMK Berangan
telah
mendapat 8A dan 5 orang mendapat 7A dalam keputusan peperiksaan PMR
yang
diumumkan hari ini. .Satu keputusan yang cukup membanggakan bagi warga
SMK
Berangan.
Pengetua SMK Berangan, Sahiful Bahari Abd Rahman, berkata, “ Kejayaan
cemerlang ini adalah berkat gabungan usaha pihak sekolah dan PIBG
dalam
membuahkan hasil kejayaan tersebut. Manakala peratus kelulusan juga
meningkat sebanyak 6.09 peratus iaitu dari 56.0 peratus kepada 62.09
peratus. Satu peningkatan yang terbaik setakat ini.”
Katanya lagi, “ Di antara program yang telah dijalankan oleh pihak
sekolah
dalam usaha mmencipta kecemerlangan ini adalah Kelas Tuisyen Malam,
Kelas
Tambahan Harian, Bengkel Teknik Menjawab Soalan, Siri Pengukuhan
Motivasi
yang dirangkasusun sejak awal tahun lagi. Saya percaya daya inisisatif
terbaik dari seluruh warga pendidik SMK Berangan inilah yang membantu
ke
arah terhasilnya anjakan paradigma pembinaan kecemerlangan di sekolah
ini.”
Di samping itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada YB Rusdi
Abd
Aziz, Ahli Dewan Negeri Wakaf Bharu di atas keprihatinan beliau
terhadap
kecemerlangan akademik di SMK Berangan. Sebanyak RM1000 telah
disumbangkan
beliau kepada pihak sekolah bagi mengisi Tabung Kecemerlangan Sekolah..
Dengan kejayaan ini membuktikan bahawa sekolah luarbandar juga mampu
bersaing dengan sekolah-sekolah berasrama penuh sekiranya mendapat
kerjasama dan sokongan padu dari ibubapa dan warga sekolah bagi
mencapat
matlamat kecemerlangan tersebut...
Mohd Faris Che Jalil, salah seorang pelajar cemerlang SMK Berangan
yang
sempat ditemui telah berkata, “ Kejayaan ini adalah berkat kesungguhan
guru mendidik dan doa restu ayah ibu. Di samping itu, pengurusan masa
yang
cekap dan sentiasa membuat latihan menjadi kunci kejayaan ini.”
Anuar Musa
Home |
|
|
Anda adalah
Pengunjung laman kami yang ke

©Hakcipta Sekolah Menengah
Kebangsaan Berangan, Tumpat, Kelantan, Malaysia.
|