|
|
Carian Pantas |
PROTOKOL DAN ETIKET |
|
|---|---|---|---|
|
PROTOKOL DAN ETIKET SOSIAL 1. DEFINISI a) Protokol Set peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan oleh sesebuah institusi/masyarakat dalam melaksanakan sesuatu majlis bagi memberi penghormatan, keselesaan dan kelicinan berdasarkan kedudukan seseorang dalam masyarakat/sosial. b) Etiket Sosial Norma-norma perlakuan yang perlu diamalkan di khalayak ramai. 2. PROTOKOL DALAM MAJLIS a) Terdapat 5 kategori majlis: i) Majlis Penuh Istiadat ii) Majlis Rasmi dan Formal iii) Majlis Rasmi tetapi Tidak Formal iv) Majlis Tidak Rasmi tetapi Formal v) Majlsi Tidak Rasmi dan Tidak Formal b) Pengendalian Majlis a) Jawatankuasa b) Penyediaan Tempat c) Penyediaan Senarai Jemputan d) Penulisan Kad Jemputan e) Atur cara majlis f) Kesesuaian Pakaian g) Kesesuaian Menu h) Susunan Keutamaan i) Susunan Tempat Duduk j) Penyediaan Atur cara Pentadbiran / Running Programme k) Juru acara dan Pengurus Pentas l) Penyambut Tetamu m) Raptai n) Mesyuarat Post-Mortem c) Kesesuaian Pakaian Jenis-jenis Pakaian Formal: Lelaki: No.1 Uniform/ Pakaian Istiadat/ Pakaian Kebangsaan Rasmi/ Pakaian Kebangsaan Hitam/ Pakaian Kebangsaan/ Pakaian Kerja Wanita: No.1 Uniform/ Baju Kebaya Labuh beserta selendang / Baju Kurung Labuh beserta selendang/ Pakaian Tradisional Kaum. d) Panduan Berpakaian Semasa Tugas/ Majlis: a) Wanita Ø Elakkan kain berkilau/berkilat pada waktu siang Ø Elakkan pakaian sedondon ( satu warna dan bahan yang sama) Ø Jangan melebihi empat warna Ø Sesuaikan warna pakaian dengan warna kulit dan bentuk badan Ø Solekan dan hiasan yang tidak keterlaluan Ø Stokin – warna kulit Ø Kasut yang sesuai Ø Tag nama b) Lelaki Ø Kurang sesuai baju berlengan pendek bertali leher Ø Semat semua butang Ø Lengan baju tidak dilipat Ø Pemilihan warna yang sesuai dengan warna kulit Ø Tali leher disesuaikan dengan baju dan seluar Ø Hujung tali leher menutup kepala tali pinggang Ø Kasut bersih dan sentiasa berkilat Ø Sesuaikan warna stoking dengan seluar – perlu lebih gelap atau sama gelap dengan seluar dan bukannya lebih cerah daripada seluar Ø Stokin putih tidak sesuai, kecuali bersukan 2) ETIKET SOSIAL a) Prinsip-prinsip memperkenalkan diri dan orang lain b) Tatacara perbualan sosial c) Berjabat tangan q Kasar dan agresif q Mengawal q Hujung jari sahaja q Tarik q Lembik q Erat dan mesra d) Kesopanan dan Tertib di meja makan: 1) Duduk & Berhidang: v Masuk ke kerusi mengikut sebelah kanan kerusi tempat duduk v Elakkan suara yang kuat apabila berbual v Mula makan apabila Tetamu Utama bermula untuk makan v Ambil makanan yang hampir v Elakkan berbual dengan tetamu di meja lain v Tinggalkan napkin di atas kerusi apabila meninggalkan tempat duduk seketika v Jangan mencungkil gigi v Jangan merokok v Jangan mengubah kedudukan peralatan – dapatkan bantuan pelayan v Jangan mengambil mana-mana peralatan sebagai cenderamata 2) Buffet: v Ambil makanan sedikit dahulu, jangan memenuhkan piring/pinggan v Makanan boleh ditambah apabila habis v Jangan campurkan makanan yang tidak sepadan dalam satu piring/pinggan v Jangan membazir makanan, ambil sebanyak mana mahu dimakan sahaja 3) Cocktail Party: Nota: Dalam majlis ini selalunya tidak disediakan kerusi yang banyak dan selalunya tiada meja bagi tetamu duduk dan makan. Para tetamu digalakkan berdiri sambil berinteraksi dengan tetamu lain. Makanan yang disediakan pun bersaiz kecil, supaya mudah dimakan sambil berdiri. v Jangan berdiri di sekitar meja makan sahaja v Bergaul dan berbual dengan tetamu lain v Ambil makanan sedikit demi sedikit, seperti dalam buffet
SENARAI SUSUNAN KEKANANAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, DULI-DULI YANG MAHA MULIA DAN TUAN-TUAN YANG TERUTAMA
1. SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XII (2001)
2. K.D.Y.M.M. SULTANG KEDAH DARUL AMAN (1958)
3. D.Y.M.M. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS (1967)
4. K.D.Y.M.M. SULTAN PAHANG DARUL MAKMUR (1974)
5. K.D.Y.M.M. AL-SULTAN KELANTAN DARUL NAIM (1979)
6. D.Y.M.M. SULTAN JOHOR DARUL TAKZIM (1981)
7. D.Y.M.M. PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN (1984)
8. D.Y.M.M. SULTAN TERENGGANU DARUL IMAN (1998)
9. D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN (2001)
10. D.Y.M.M. PEMANGKU RAJA PERLIS INDERA KAYANGAN (2001)
11. T.Y.T. YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK (1977-1981/2000)
12. T.Y.T. YANG DI-PERTUA NEGERI PULAU PINANG (2001)
13. T.Y.T. YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH (2003)
14. T.Y.T. YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA (2004)
©Hakcipta Sekolah Menengah Kebangsaan
Berangan, Tumpat, Kelantan, Malaysia. | |||