|
Sejarah
Penubuhan
Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan
Berangan Tumpat mula dibina pada 21 Februari 1999 dengan jumlah
peruntukan sebanyak RM6,623,210.72.
Sekolah ini dibina di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-7 dan
siap dibina pada 6 Januari 2001. Terletak di kawasan Kampung Padang
Tembesu, Tumpat serta bersempadan dengan Kampung Bunut Sarang Burung
dan Kampung Chenderung Batu, Tumpat.
Keluasan kawasan sekolah ini ialah 16.024 ekar atau 6.48 hektar
meliputi kawasan berumput seluas 52470 meter persegi dan kawasan tidak
berumput seluas 6444 meter persegi.
Sekolah
Menengah Kebangsaan Berangan mula beroperasi dengan melibatkan lima
orang tenaga awal bagi menguruskan pembukaan sekolah yang diketuai
oleh Pn Hjh Hatikah Bt Mohamad, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah
Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu,En Asri Bin Zawawi, (SMK Wakaf Bharu)
En Anuar
Musa,(Kaunselor SMK Mahmud Mahyiddin) En Hashim Mamat (SMK Geting) dan
Wan Ahmad Khairuddin Wan Abdullah(SMK Wakaf Bharu) telah diberi memo
penempatan secara pinjaman bagi menguruskan pembukaan sekolah tersebut
bermula 01 12.2001.
Sesi persekolahan mula dibuka pada 6 Januari 2002. Jumlah pelajar
keseluruhan ialah seramai 340 orang pelajar. daripada jumlah ini
seramai 186 adalah pelajar tingkatan satu manakala bakinya adalah
tingkatan dua. Keseluruhannya merangkumi 11 buah kelas termasuk satu
kelas aliran agama.
Bilangan pelajar dijangka akan meningkat dari tahun ke tahun dengan
kemasukan pelajar-pelajar tingkatan satu dari lima buah sekolah
saluran iaitu SK. Berangan 1, SK Berangan 2, SK Cenderung Batu, SK
Kebakat dan SK Kubang Batang.
|